Rakyat Pasir Mas Yakin Terhadap Kepemimpinan Barisan Nasional (BN)

SATU laporan kelmarin menyatakan 70 peratus daripada rakyat Kelantan kini berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sejak beliau memegang jawatan itu pada 2009, manakala UMNO memperoleh 69 peratus sokongan rakyat.

Kajian di 400 peti undi membabitkan 2,962 pengundi segenap lapisan umur itu mendapati kumpulan pengundi berusia 32 tahun ke bawah mencatatkan peratusan puas hati tertinggi pada 71.3 peratus. Continue reading

Petanda Baik Perubahan Kelantan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau melihat ada petanda baik bahawa gelombang merah (UMNO) akan menjadi kuasa yang bakal merempuh penguasaan kerajaan PAS selama 22 tahun di Kelantan.

Beliau berkata angin perubahan kini cukup baik kerana rakyat Kelantan sendiri sudah melihat sejauh manakah kemampuan PAS dalam mentadbir negeri itu selama 22 tahun. Continue reading

Sekitar Majlis Pemimpin Bersama Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik, Bunut Susu, di Pasir Mas.

Padang SMKT di penuhi lautan manusia yang berpakaian serba merah, ini adalah petanda baik bahawa Gelombang Merah di Kelantan akan menjadi satu kuasa yang mampu merempuh kerajaan PAS Kelantan.

Angin perubahan yang baik ini akan digunakan sepenuhnya bagi menarik rakyat untuk menyokong BN, tetapi dengan syarat tiada budaya cah keting pada PRU-13. Continue reading

Beri Kepercayaan Kepada Barisan Nasional (BN), Masalah Akan Selesai

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan) dan Hanafi Mamat (kiri).

Datuk Seri Najib Razak berjanji akan mengubah landskap pembangunan dan infrastruktur Kelantan sekiranya rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Kelantan, BN bersedia menyelesaikan pelbagai isu yang membelenggu rakyat negeri itu, termasuk isu bekalan air bersih.

“Di samping itu, Kerajaan BN juga memberi jaminan akan menyelesaikan isu ladang rakyat serta memastikan segala kemudahan disediakan termasuk berkaitan perumahan rakyat. Continue reading

Pasir Mas Cacat Sejarah

Seramai 15,000 penduduk Pasir Mas akan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, Tendong esok.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata, kunjungan Perdana Menteri itu bakal mencatat sejarah tersendiri bagi penduduk Bunut Susu kerana ia akan mengimbau kembali majlis semasa Allahyarham Tun Abdul Razak mengunjungi kawasan itu pada 1974. Continue reading

Rakyat Pasir Mas bersama PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke tiga buah jajahan di Kelantan pada Jumaat ini.

Bendahari Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, Perdana Menteri dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 9 pagi.

Menurut beliau, Najib akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.

Continue reading

Penyampaian BR1M Peringkat DUN Pengakalan Pasir

Ybhg. Datuk Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat DUN Pengkalan Pasir di dewan besar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, turut di iringi oleh En. Aziz Mohammad, Penyelaras DUN serta AJK DUN dan Pengerusi JKKKP. Nadi Rakyat Pasir Mas

Betulkah Peranan, Maruah Parti Berlambang ‘BULAN PUTIH’ Dihargai?

Seorang pembaca menghantar e-mel menyatakan : Di mata UMNO, Dr. Hasan Ali, warga Utusan Malaysia “peranan Pas makin kecil, maruah seperti dipijak” tetapi di mata hati Pas, pakatan pembangkang dan penyokong Pas “peranan Pas makin dihargai, maruah seperti dijulang tinggi”.

Itu persepsi dan keyakinan penyokong ‘fanatik’ Pas berkenaan. Tetapi saya tertanya-tanya, aspek mana yang dikatakan ‘peranan Pas makin dihargai’?

Prinsip perjuangan Pas terhadap Islam dilihat semakin luntur. Jika tidak, apa peranan Kerajaan Pas Kedah sehingga tergamak hendak merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar bagi memberi laluan pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta? Continue reading

Anwar Ketepikan Hak Rakyat Palestin

Kebimbangan Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) terhadap kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan pelobi Yahudi bagi membantu beliau memenangi Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) mungkin ada kebenarannya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana sehingga sekarang Penasihat Parti Keadilan itu tidak menjelaskan maksud sebenar berhubung kenyataannya yang dikatakan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel. Continue reading

Tolak Janji Yang Muluk-Muluk

Bulan Disember 2012 di ‘dewan orang ramai’ sebuah pangsapuri di Batu Tiga, Shah Alam, muncullah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya, Rodziah Ismail.

Dalam majlis perjumpaan dengan penduduk untuk mendengar permasalahan mereka, antaranya berkisar isu bekalan air, tong sampah dan bumbung bocor, terpacullah dari mulut Rodziah nadanya lebih kurang begini :- Continue reading

JAMBATAN 3 TAN HILANG

20120116-082611.jpg

Jambatan yang menjadi penghubung kepada petani untuk kesawah telah hilang dicuri mereka yang tidak bertanggungjawab. Jambatan besi 3 tan itu dicuri dengan menggunakan jengkaut dan menurut penduduk kampung, besi tersebut bakal dijual dikedai besi buruk.

Dengan kehilangan jambatan tersebut menyebabkan petani-petani daripada Kampung Banggol Chica, Banggol Petaling, Banggol Ara, Banggol Kemian dan Gajah Mati akan menghadapi masalah untuk meneruskan aktiviti menanam padi disawah kerana jambatan tersebut merupakan satu-satunya penghubung.

“Bebaskan Anwar 901” NGO Pasir Mas Buat Laporan Polis

Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dilihat sekali lagi mahu mengheret dan menagih simpati rakyat dalam keputusan kes liwatnya menerusi kempen bebaskan Anwar 901. Continue reading

Mufti Kelantan Tidak Sokong Perhimpunan Haram, Nik Aziz Sokong

Percanggahan pendapat Pas dengan ulamak di negeri ini semakin ketara apabila mereka mempunyai pendapat berbeza mengenai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini.

Ia membuktikan betapa Pas kini sudah lari dari landasan agama hanya untuk menjadi popular kerana dekat pilihan raya umum dan membangkitkan kemarahan rakyat melalui perhimpunan itu. Continue reading

Bantuan Rakyat 1Malaysia Halal

Rakyat Kelantan diminta tidak mudah terpengaruh dengan dakwaaan pihak tertentu yang mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah dari sumber yang haram.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang memperlekehkan usaha kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dengan mempolitikkan isu tersebut. Continue reading

Majoriti NGO Sokong UMNO, Barisan Nasional

Majoriti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini memberi sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, menerusi satu kajian yang dilakukan oleh parti tersebut, majoriti daripada ribuan NGO di negara ini menyatakan sokongan kepada UMNO dan mahukan BN terus menerajui negara. Continue reading