Menziarahi Adik Mohamad Tarmizi Sakit Lumpuh yang berumur 16 tahun dan hanya mampu terlantar tidak mampu untuk bergerak malah berjalan.
Pemimpin Turun Padang

Pemimpin turun padang bertemu penduduk di Kampung Jerulong, lemal.
Klik gambar untuk besarkan!
Majlis Pembahagian Hasil Padi Projek Ladang Merdeka Musim Tahun 2011

Datuk Pi, menyampaikan hasil padi projek ladang merdeka manam, kepada salah seorang petani di Bunut Susu dan Tok Limin musim tahun 2011. Continue reading
Bantuan Awal Persekolah RM100 Kepada Pelajar Tahun 1 Dalam Dun Tendong
Datuk Hanafi Makan Pagi Bersama Penduduk Kampung Tal Tujuh
Disamping makan pagi Datuk Pi sedia mendengar luahan permasalahan oleh penduduk sekitar Kampung Tal Tujuh. Continue reading
Pasar Pasir Mas Kotor Dan Tiada Penyelenggaraan
Kebersihan Pasar Mundok masih di tahap rendah, malah boleh dikategorikan sebagai kotor, sejak mula beroperasi 10 tahun lalu.
Kesalahan ini tidak boleh diletakkan di bahu peniaga semata-mata, tetapi semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan ke tahap yang membanggakan.
Peniaga, Jamaludin Abdul Rahman, 54, berkata, keadaan ini berlaku apabila peniaga tidak mendapat kemudahan air bersih, bagi mencuci kedai setiap kali selesai berniaga. Continue reading
Bantuan JKM Untuk Rakyat Kelantan Lebih RM8.45 Juta
Kira-Kira 30,000 orang menerima pelbagai bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan tahun lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM8.45 juta dan ini membuktikan keprihatinan kerajaan pusat kepada negeri ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sehubungan itu, dakwaan pembangkang bahawa kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan selama ini jelas tidak benar dan sengaja diadakan bagi mencari publisiti murahan. Continue reading
Rakyat Pasir Mas Yakin Terhadap Kepemimpinan Barisan Nasional (BN)
SATU laporan kelmarin menyatakan 70 peratus daripada rakyat Kelantan kini berpuas hati dengan prestasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sejak beliau memegang jawatan itu pada 2009, manakala UMNO memperoleh 69 peratus sokongan rakyat.
Kajian di 400 peti undi membabitkan 2,962 pengundi segenap lapisan umur itu mendapati kumpulan pengundi berusia 32 tahun ke bawah mencatatkan peratusan puas hati tertinggi pada 71.3 peratus. Continue reading
Kerajaan Pas Kelantan Tidak Mampu Tanggung Kos Air
Keputusan kerajaan PAS Kelantan melaksanakan migrasi air di bawah Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi menyelesaikan isu bekalan air menjelang 2020 membuktikan tiada kerajaan negeri yang mampu memberi jaminan bekalan air bersih kepada rakyat dengan tarif munasabah, tanpa kerjasama Kerajaan Pusat.
Ia disebabkan kos pengurusan air semakin meningkat dan pelaksanaan penstrukturan industri air menerusi penubuhan Suruhan-jaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan PAAB bertujuan menangani masalah industri air yang semakin nazak jika gagal ditangani secara bersepadu. Continue reading
Petanda Baik Perubahan Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau melihat ada petanda baik bahawa gelombang merah (UMNO) akan menjadi kuasa yang bakal merempuh penguasaan kerajaan PAS selama 22 tahun di Kelantan.
Beliau berkata angin perubahan kini cukup baik kerana rakyat Kelantan sendiri sudah melihat sejauh manakah kemampuan PAS dalam mentadbir negeri itu selama 22 tahun. Continue reading
Sekitar Majlis Pemimpin Bersama Rakyat
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik, Bunut Susu, di Pasir Mas.
Padang SMKT di penuhi lautan manusia yang berpakaian serba merah, ini adalah petanda baik bahawa Gelombang Merah di Kelantan akan menjadi satu kuasa yang mampu merempuh kerajaan PAS Kelantan.
Angin perubahan yang baik ini akan digunakan sepenuhnya bagi menarik rakyat untuk menyokong BN, tetapi dengan syarat tiada budaya cah keting pada PRU-13. Continue reading
Beri Kepercayaan Kepada Barisan Nasional (BN), Masalah Akan Selesai

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ucapan motivasi kepada pemimpin tempatan, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah dalam Parlimen Pasir Mas pada perjumpaan ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Hutan Chengal, Pasir Mas, Kelantan semalam. Turut sama Mustapa Mohamed (kanan) dan Hanafi Mamat (kiri).
Datuk Seri Najib Razak berjanji akan mengubah landskap pembangunan dan infrastruktur Kelantan sekiranya rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata, sekiranya diberi mandat memerintah Kelantan, BN bersedia menyelesaikan pelbagai isu yang membelenggu rakyat negeri itu, termasuk isu bekalan air bersih.
“Di samping itu, Kerajaan BN juga memberi jaminan akan menyelesaikan isu ladang rakyat serta memastikan segala kemudahan disediakan termasuk berkaitan perumahan rakyat. Continue reading
Pasir Mas Cacat Sejarah
Seramai 15,000 penduduk Pasir Mas akan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik Bunut Susu, Tendong esok.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata, kunjungan Perdana Menteri itu bakal mencatat sejarah tersendiri bagi penduduk Bunut Susu kerana ia akan mengimbau kembali majlis semasa Allahyarham Tun Abdul Razak mengunjungi kawasan itu pada 1974. Continue reading
Rakyat Pasir Mas bersama PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke tiga buah jajahan di Kelantan pada Jumaat ini.
Bendahari Umno Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata, Perdana Menteri dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 9 pagi.
Menurut beliau, Najib akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.
Penyampaian BR1M Peringkat DUN Pengakalan Pasir
Ybhg. Datuk Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat DUN Pengkalan Pasir di dewan besar Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, turut di iringi oleh En. Aziz Mohammad, Penyelaras DUN serta AJK DUN dan Pengerusi JKKKP. -Nadi Rakyat Pasir Mas
Tahsin Berzanji Dan Pidato Parlimen Pasir Mas
Ybhg. Datuk Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, menyampaikan hadiah kepada Hj. Huzaimi Johan bagi keseluruahan pertandingan Tahsin Berzanji dan program ini diadakan dalam DUN Chetok sempenan tahun 2012 tuan rumah bagi penganjuran pertandingan Tahsin Berzanji dan Pidato Parlimen Pasir Mas. -Nadi Rakyat Pasir Mas
Betulkah Peranan, Maruah Parti Berlambang ‘BULAN PUTIH’ Dihargai?
Seorang pembaca menghantar e-mel menyatakan : Di mata UMNO, Dr. Hasan Ali, warga Utusan Malaysia “peranan Pas makin kecil, maruah seperti dipijak” tetapi di mata hati Pas, pakatan pembangkang dan penyokong Pas “peranan Pas makin dihargai, maruah seperti dijulang tinggi”.
Itu persepsi dan keyakinan penyokong ‘fanatik’ Pas berkenaan. Tetapi saya tertanya-tanya, aspek mana yang dikatakan ‘peranan Pas makin dihargai’?
Prinsip perjuangan Pas terhadap Islam dilihat semakin luntur. Jika tidak, apa peranan Kerajaan Pas Kedah sehingga tergamak hendak merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar bagi memberi laluan pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta? Continue reading
Anwar Ketepikan Hak Rakyat Palestin
Kebimbangan Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) terhadap kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan pelobi Yahudi bagi membantu beliau memenangi Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) mungkin ada kebenarannya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana sehingga sekarang Penasihat Parti Keadilan itu tidak menjelaskan maksud sebenar berhubung kenyataannya yang dikatakan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel. Continue reading
Tolak Janji Yang Muluk-Muluk
Bulan Disember 2012 di ‘dewan orang ramai’ sebuah pangsapuri di Batu Tiga, Shah Alam, muncullah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya, Rodziah Ismail.
Dalam majlis perjumpaan dengan penduduk untuk mendengar permasalahan mereka, antaranya berkisar isu bekalan air, tong sampah dan bumbung bocor, terpacullah dari mulut Rodziah nadanya lebih kurang begini :- Continue reading
Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Pasir Mas
Majlis Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Pasir Mas.
Peringkat Pertama DUN Chetok, Kali kedua.
Tarikh: 01 Februari 2012.
Sesi petang: 02.30 petang.
Tempat: Dewan, Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas. Continue reading
Datuk Hanafi Dan Orang Muda
Seorang Ketua UMNO Bahagian yang jadual hariannya sangat padat beliau masih tidak lepaskan peluang untuk bersama-sama orang muda dalam gelangan futsal di Kampung Sakar Tendong, Pasir Mas. Continue reading
Datuk Hanafi Beramah Mesra Bersama Penduduk
Datuk Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, menanya khabar seorang penduduk dalam kawasan Pasir Mas. Continue reading
JAMBATAN 3 TAN HILANG
Jambatan yang menjadi penghubung kepada petani untuk kesawah telah hilang dicuri mereka yang tidak bertanggungjawab. Jambatan besi 3 tan itu dicuri dengan menggunakan jengkaut dan menurut penduduk kampung, besi tersebut bakal dijual dikedai besi buruk.
Dengan kehilangan jambatan tersebut menyebabkan petani-petani daripada Kampung Banggol Chica, Banggol Petaling, Banggol Ara, Banggol Kemian dan Gajah Mati akan menghadapi masalah untuk meneruskan aktiviti menanam padi disawah kerana jambatan tersebut merupakan satu-satunya penghubung.
UMNO Berkebajikan Membantu Keluarga Miskin
Kepayahan hidup seorang ibu tunggal bersama lima anaknya di Kampung Kubang Agol di sini, yang tinggal dalam rumah dengan bumbung bocor setiap kali hujan, berakhir apabila keluarga itu menerima sumbangan zink berharga RM300 daripada UMNO Bahagian Pasir Mas. Continue reading
UMNO Bahagian Bantu Peniaga Kecil
Datuk Hj. Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas memberi bantuan kepada peniaga-peniaga kecil sekitar dalam Parlimen Pasir Mas, seramai 200 orang peniaga yang menerima bantuan ini. Continue reading
Keruntuhan Akhlak Muslimat Pas
Meskipun bertudung labuh dengan sebahagian besar daripada mereka berjubah, muslimat Pas itu mempertontonkan gelagat yang cukup memalukan sewaktu menunggu keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Continue reading
Pencemuh LYNAS Tak Ikhlas Untuk Berhubung Atau Berunding
Apa lagi yang boleh dilakukan jika pihak yang hendak dihubungi dan dirundingi tidak menunjukkan keikhlasan, sebaliknya menimbulkan pelbagai karenah bagi memenuhi agenda sendiri?
Inilah persoalannya dalam usaha Kerajaan melaksanakan perhubungan / perundingan awam (public engagement) bagi menangani isu bantahan segelintir penduduk Kuantan terhadap projek pemprosesan tanah jarang milik Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan, disini. Continue reading
“Bebaskan Anwar 901” NGO Pasir Mas Buat Laporan Polis
Pada 9 Januari 2012 , Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar bin Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dilihat sekali lagi mahu mengheret dan menagih simpati rakyat dalam keputusan kes liwatnya menerusi kempen bebaskan Anwar 901. Continue reading
Mufti Kelantan Tidak Sokong Perhimpunan Haram, Nik Aziz Sokong
Percanggahan pendapat Pas dengan ulamak di negeri ini semakin ketara apabila mereka mempunyai pendapat berbeza mengenai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini.
Ia membuktikan betapa Pas kini sudah lari dari landasan agama hanya untuk menjadi popular kerana dekat pilihan raya umum dan membangkitkan kemarahan rakyat melalui perhimpunan itu. Continue reading
Bantuan Rakyat 1Malaysia Halal
Rakyat Kelantan diminta tidak mudah terpengaruh dengan dakwaaan pihak tertentu yang mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) adalah dari sumber yang haram.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang memperlekehkan usaha kerajaan untuk membantu rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 dengan mempolitikkan isu tersebut. Continue reading
Majoriti NGO Sokong UMNO, Barisan Nasional
Majoriti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini memberi sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, menerusi satu kajian yang dilakukan oleh parti tersebut, majoriti daripada ribuan NGO di negara ini menyatakan sokongan kepada UMNO dan mahukan BN terus menerajui negara. Continue reading
Langkah, Perhitungan Hassan Ali
Dalam arena politik kita, Datuk Dr Hassan Ali menjadi fokus bicara pada akhir tahun 2011. Pendirian kukuhnya untuk mempertahankan agama Islam, orang Melayu dan kedudukan raja-raja mengikut Perlembagaan, adalah baik, tetapi dianggap sebagai satu gangguan oleh pihak tertentu.
Hal ini demikian kerana Pas secara keseluruhannya amat bersetuju dengan DAP, hingga sanggup mengubah arah perjuangan daripada cita-cita menubuhkan Negara Islam, menjadi Negara Berkebajikan. Continue reading
Senarai Penuh Sahabat-sahabat Anwar Yang Tidak Sanggup Lagi Di Tipu!!
Logo Yahudi!! Bendera PKR Berlogo Yahudi?
Siapa Tali Barut Yahudi Sebenarnya?
Dedah Terkini!! Anwar Bukan Buang Masa Ketika Di Amerika!!?
Pendedahan menarik oleh AIDC. Lagi satu bukti kaitan Anwar Ibrahim suspek liwat dengan pakatan zionis! Continue reading
UMNO Istiqamah, Pas Semakin Lemah
Dalam keadaan umat Islam sedang berhadapan dengan cabaran, keberanian, kesungguhan, istiqamah dan iltizam berterusan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengemukakan semangat ‘wasatiyyah’ ataupun moderation didalam pendekatan Islam yang ada amat dialu-alukan.
Kepada kita, ini adalah suatu pendekatan yang sangat mendepani zaman; wajar untuk diangkat sebagai ‘jalur pemikiran’ Islam sejagat dalam masa yang terdekat ini. Kita harus menyusur kembali permulaan kepada idea ‘wasatiyyah’ ini yang diungkap oleh Perdana Menteri dalam ucapan di Oxford, yang bertajuk – “The coalition of th moderates and inter-civilisational understanding”. Continue reading
Siapa Sebenarnya Yang Kufur?
Lagi sekali Nik Aziz membuat kenyataan yang melukai hati umat Islam. Dalam menangani isu ‘Ustaz Budak’ yang menyamakan dia dengan nabi, Nik Aziz mengambil kesempatan untuk menyerang pihak yang tidak menerima Islam sebagai kufur, katanya.
Semua orang tahu dia menghina UMNO dan menganggap UMNO tidak ‘Islamik’ menurut tafsiran ilmu politik yang bersemayam dalam serbannya. Tanya kepada Nik Aziz sejak 21 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, apakah sumbangannya yang maha besar untuk memakmurkan Islam? Apakah dengan gelaran ‘Serambi Mekah’ maka dia sudah menjelmakan ciri-ciri ‘Islamik’ dalam pentadbirannya? Continue reading
Sampai Bila Mahu Bohong?
Pada 17hb Dis 2011, di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan menjunjung al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999.
Menurut negarawan itu, beliau tidak pernah berbuat demikian seperti didakwa Ketua Pembangkang itu sebaliknya menolak permintaan daripada wakil Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan. Continue reading
Nik Abduh Bidas Kartun Harakah
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz hari ini membidas kartun drnot yang disiarkan didalam Harakah keluaran terbaru kerana menghina bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Beliau berkata, Harakah sepatutnya perlu lebih beretika, berakhlak serta tahu cara untuk membina serta mendamaikan dan bukan bertindak memecah atau meruntuhkan. Pada masa sama, beliau turut membidas kritikan serta tuduhan secara terbuka oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali terhadap dua pejuang Islam iaitu Nasharuddin dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada parti itu. Continue reading
NGO Bantah Campur Tangan Anak, Pas Terhadap Felda
Lebih 1,000 ahli keluarga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan beberapa pihak termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan Pas yang cuba menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia. Continue reading
Kerajaan Selangor Perlu Lunaskan RM260,000
Lebih 100 penghuni pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran disini mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri memulangkan semula wang subsidi program pemberian air percuma berjumlah RM260,000 yang tertunggak sejak 2008. Continue reading
Haji Hadi Perlu Nasihat Penyokong Taksub
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, hanya satu cara menyelesaikan masalah dua solat Jumaat dalam satu kariah iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menasihatkan penyokong parti itu kembali membetulkan keadaan.
Beliau berkata, Pas perlu mengakui parti itu mengecat dengan warna hijau dan memasang bendera bulan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang ramai. Continue reading
Karut-Marut Nik Aziz Sepanjang Masa
Berikut adalah beberapa ungkapan, ucapan dan sikap mengarut Tok Guru sepanjang masa :- Continue reading























